Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Peniaga bazar Ramadan di Kuantan dikurangkan 50%

  • Published in Nasional

KUANTAN, 7 April- Peniaga bazar Ramadan di daerah Kuantan dikurangkan 50 peratus.

Pengurangan tersebut berikutan situasi norma baharu dan penjarakan tapak gerai yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, walaupun pengurangan itu dilaksanakan di 30 lokasi membabitkan 26 bazar Ramadan dan empat bazar Aidilfitri, namun kesesuaian lokasi baharu mengikut garis panduan juga dialukan-alukan.

Beliau turut mengingatkan tindakan boleh diambil sama ada terhadap penganjur atau peniaga sekiranya berlaku pelanggaran Proedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Sejajar penarafan bandaraya, Datuk Hamdan mengingatkan penganjur dan peniaga membantu hasrat Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menampilkan imej bazar terbaik tahun ini.

Malah, kaedah pembayaran tanpa tunai juga akan dilaksanakan secara berperingkat di semua lokasi bazar, tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menyerahkan Permit Penganjuran Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Tahun 2021 di MBK, Kuantan.

Sementara itu, seramai 19 penganjur dan 1,009 orang peniaga terlibat dalam aktiviti penganjuran bazar di daerah tersebut.