Wednesday, 21 April 2021

updated 7:33 AM UTC, Apr 21, 2021

Vaksin COVID-19: OKU diminta daftar dengan JKM

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 7 April- Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) diminta mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya mereka boleh diberi keutamaan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan fasa 2.

Senator Dewan Negara, Datuk Ras Adiba Radzi berkata terdapat kira-kira 4.7 juta OKU di negara ini, namun hanya 590,000 sahaja yang berdaftar dengan JKM.

Melihat situasi itu, Datuk Ras Adiba menyeru masyarakat supaya membantu OKU untuk mendaftar dalam program imunisasi itu.

Beliau memaklumkannya selepas menerima sumbangan 152,000 pelitup muka daripada Shills Beauty Sdn Bhd di Putrajaya.

Kesemua pelitup muka tersebut akan diagihkan kepada OKU dan warga emas yang memerlukan.