Logo

COVID-19: KKM bakal lakukan 'Mass Vacination' jika perlu

SEGAMAT, 4 April- Jumlah pendaftaran vaksin terkini, tidak menepati sasaran 9.4 juta penerima bagi Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya menjalankan kaedah pendaftaran secara bersemuka bagi meningkatkan bilangan penerima berdaftar untuk vaksin tersebut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan mencari punca kekurangan pendaftaran dikalangan penduduk untuk menerima suntikan vaksin.

KKM bakal melakukan vaksinasi secara beramai-ramai atau 'Mass Vacination' sekiranya jumlah penduduk berdaftar untuk penerimaan vaksin berkenaan masih tidak menepati sasaran.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Segamat.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kerajaan akan meneliti tahap risiko pendedahan golongan tertentu terhadap COVID 19, bagi menentukan keutamaan penerimaan vaksin dalam fasa seterusnya.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.