Logo

Belum ada kata putus kebenaran rentas negeri bagi yang telah lengkapkan suntikan vaksin COVID-19

KUANTAN, 3 April - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan sama ada rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan merentas negeri atau boleh ke luar negara belum diputuskan lagi.

Perkara tersebut akan dibincangkan dalam masa seminggu pada Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin bahawa rakyat Malaysia yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19 mungkin akan diberi kebenaran untuk merentas negeri tanpa sebarang halangan.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata demikian selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia Peringkat Negeri Pahang kepada 350 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuantan, Pahang.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.