Logo

Tidak akan tangguh suntik vaksin AstraZeneca

BAGAN SERAI, 3 April - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak bercadang menangguhkan pemberian vaksin AstraZeneca walaupun terdapat laporan mengenai kesan sampingannya terhadap penerima di luar negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, ini kerana kesan sampingan yang dilaporkan adalah alahan yang boleh dirawat selain tiada bukti ia menyebabkan kesan sampingan yang serius atau kematian.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata, vaksin AstraZeneca yang dihasilkan daripada viral vektor iaitu meletakkan virus lemah dengan protein untuk merangsang tubuh manusia sama seperti vaksin lain dijangka tiba di negara ini pada bulan depan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.