Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Empat lagi kluster baharu dikenal pasti

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 6 Mac - Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan memaklumkan empat kluster baharu dikenal pasti hari ini melibatkan empat negeri masing-masing, Selangor, Johor, Melaka, dan Sarawak.

Tiga daripadanya berkaitan kluster tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti.

Kluster Lagoon Selatan di Selangor merupakan sebuah syarikat pembersihan yang terletak di daerah Petaling.

Kluster Firma Dua di Johor membabitkan sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Tebrau 1, Johor Bahru.

Kluster baharu di Melaka pula melibatkan pekerja sebuah pasar raya di Jalan Haji Malek, Taman Kelubi, Jasin.

Manakala, satu kluster komuniti dikenalpasti di Bukit Tunggal, Julau, Sarawak.

Selain itu, terdapat 72 kluster dengan pertambahan kes baharu.

Sehingga kini, 713 kluster telah tamat manakala 478 kluster aktif.