Logo

Pihak swasta perlu tangguh dulu hasrat beli vaksin COVID-19

KUALA TERENGGANU, 6 Mac - Kerajaan akan memastikan sasaran 80% atau 26.5 juta penduduk dalam negara menerima vaksin COVID-19 secara percuma dapat dicapai terlebih dahulu

Ini selepas terdapat beberapa pihak swasta berhasrat membeli vaksin COVID-19 melalui kerajaan, satu-satunya saluran yang mempunyai akses dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan setakat ini hanya tertumpu kepada usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berikutan bekalan dunia yang terhad.

Beliau ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Akademi Robotik TD1303 JAZRO di Kuala Terengganu.

Akademi yang pertama seumpamanya di negeri itu bagi mengetengahkan penguasaan kemahiran teknologi digital dalam kalangan generasi muda.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.