Logo

Melaka optimis sektor pelancongan bakal pulih

MASJID TANAH, 6 Mac- Keputusan kerajaan membenarkan rentas daerah bermula semalam akan memberi kesan positif kepada sektor pelancongan di Melaka seterusnya menjayakan Kempen Orang Melaka Melawat Melaka atau 'Melakan Visit Melaka 3.0' yang digerakkan semula baru-baru ini.

Sektor itu dilaporkan terjejas kira-kira 70 peratus kesan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19.

Jelas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, walaupun aktiviti pelancongan hanya dapat berlangsung dalam negeri, namun ia tetap membantu memulihkan semula sektor berkenaan.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pasar Tani Masjid Tanah.

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.