Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Jalur lebar percuma di kem tentera, balai polis perlu disediakan

  • Published in Nasional

PADANG BESAR, 6 Mac- Rangkaian jalur lebar secara percuma perlu disediakan di kem serta pusat latihan tentera dan polis di seluruh negara.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin perkhidmatan itu akan memudahkan warga anggota keselamatan negara memperoleh informasi penting termasuk bagi tujuan pembelajaran kepada anak mereka.  

Turut dicadangkan perkhidmatan jalur lebar percuma perlu disediakan di universiti seluruh negara.

Terdahulu beliau menyumbangkan kelengkapan pakaian sekolah kepada 400 pelajar terdiri daripada anak-anak anggota tentera, polis dan Jabatan Koreksional di Padang Besar, Perlis.