Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Misi Bantuan (MAFI) Prihatin 2021: Sumbangan diagih kepada 500 penerima

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU, 6 Mac- Misi Bantuan (MAFI) Prihatin 2021 untuk petani, nelayan dan penternak yang terjejas banjir pada penghujung tahun lalu dan awal Januari lepas terus menjadi keutamaan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

Terengganu menjadi negeri kelima dalam misi berkenaan melibatkan 500 penerima.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, bantuan berkenaan sebagai sokongan kerajaan kepada mereka yang terjejas untuk bangkit kembali dalam sektor membekalkan sumber makanan.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan Program Misi Bantuan Pasca Banjir MAFI Prihatin 2021 di Kompleks Pelabuhan Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, Kuala Terenganu.