Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

KPDNHEP lancar buku log lawatan penguatkuasa di stesen minyak

  • Published in Nasional

TUMPAT, 6 Mac- Bagi mencegah ketirisan penyelewengan bahan api bersubsidi ke negara jiran, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan peti dan buku log lawatan penguatkuasa terutama di stesen minyak berhampiran sempadan.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, langkah itu diharapkan memberi impak berganda melalui kaedah 'omnipresence' atau meningkatkan kehadiran anggota pihak berkuasa.

Pelaksanaan peti dan buku log lawatan penguatkuasa itu dimulakan di stesen minyak Petronas Pasir Pekan hari ini.

Jelasnya tawaran harga lebih murah di negara ini menyebabkan stesen minyak berhampiran sempadan menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penyelewengan petrol atau diesel.

Terdahulu, beliau melancarkan Kempen Norma Baharu COVID-19 Sektor Peruncitan di Pasar Siti Khadijah.

Ia bagi memastikan semua sektor mengambil tanggungjawab dalam pematuhan norma baharu pada tahap tinggi.

Selaras usaha itu, KPDNHEP menyarankan peniaga beralih kepada sistem pembayaran digital sama ada melalui e-dompet atau kad debit.