Logo

Kesedaran daftar vaksinasi COVID-19 di kalangan rakyat Malaysia masih rendah

KUALA LUMPUR, 4 Mac - Hanya 1.9 juta rakyat Malaysia telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera, setakat ini.

Bagaimanapun, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, angka itu masih rendah berbanding populasi keseluruhan individu berusia 18 tahun ke atas yang layak menerima vaksin berkenaan.

Pengambilan vaksin katanya, sangat penting bukan sahaja sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19.

Malah, telah ada negara yang menetapkan pengambilannya sebagai syarat wajib sebelum seseorang itu dibenarkan memasuki negara berkenaan.

Antaranya Arab Saudi, yang mengenakan syarat pengambilan vaksin ke atas bakal haji dan umrah tahun ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.