Thursday, 15 April 2021

updated 7:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Kerajaan Kelantan buat laporan polis isu 'Potong Barisan' suntikan vaksin COVID-19

  • Published in Nasional

KOTA BHARU, 3 Mac - Kerajaan Kelantan membuat laporan polis berhubung penyebaran laporan yang mendakwa berlaku 'Potong Barisan' bagi suntikan vaksin melibatkan 200 kakitangan pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan.

Laporan dibuat oleh Pegawai Khas Kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Kelantan, Mohamed Taufik Ramli di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pagi tadi.

Mohamad Taufik memaklumkan, laporan berkenaan dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan.

Sebelum ini Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin menafikan berlakunya perkara tersebut dan dakwaan disifatkan berniat jahat dan berunsur fitnah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan berkenaan.