Thursday, 15 April 2021

updated 8:57 AM UTC, Apr 15, 2021

Kementerian Wilayah Persekutuan terima data daripada Agensi MOF kesan golongan miskin bandar

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Kementerian Wilayah Persekutuan akan menggunakan data daripada Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional, LAKSANA bagi mengesan golongan miskin bandar.

Langkah itu dilakukan bagi memastikan tiada penerima layak tercicir daripada terima bantuan.

Menterinya; Tan Sri Annuar Musa berkata, kaedah itu diputuskan hasil perbincangan dengan Menteri Kewangan; Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau ditemui di Kampung Sungai Penchala, Ibu negara.