Thursday, 15 April 2021

updated 8:57 AM UTC, Apr 15, 2021

TH umum agihkan keuntungan 3.1% selepas zakat

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 3 Mac - Lembaga Tabung Haji TH mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

TH dalam satu kenyataan memaklumkan, agihan tersebut akan disalur kepada sembilan juta pendeposit
melibatkan RM2.24 bilion.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, prestasi kewangan TH tahun lalu kekal positif meskipun persekitaran ekonomi negara dan dunia tidak menentu akibat COVID-19.

Sebagai institusi yang mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam di negara ini, TH akan terus memastikan dana tersebut dilabur dengan selamat agar kekal mampan.

Jumlah deposit ketika ini mencecah RM76.7 bilion setakat 26 Februari lalu.

Ia adalah paras tertinggi dalam sejarah TH, sekali gus mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap institusi itu kekal utuh.

Pada masa sama, badan itu turut melunaskan pembayaran zakat, RM106.2 juta bagi 2020.

Justeru pendeposit tidak perlu membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan mereka.