Thursday, 15 April 2021

updated 3:59 AM UTC, Apr 15, 2021

Majlis sosial kini dibenarkan, mengikut SOP yang telah ditetapkan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 2 Mac- Majlis sosial seperti resepsi perkahwinan, kenduri, doa selamat dan majlis hari jadi kini dibenar untuk diadakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian berkata, majlis perkahwinan bagi agama lain juga dibenarkan.

"Majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya dibenarkan kepada pasangan agama Islam dan juga diperluaskan kepada agama lain."

"Kehadiran ke premis di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah 50 peratus daripada keluasan premis manakala di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut keluasan premis yang penting patuh penjarakan sosial." 

Manakala di kawasan PKPB, aktiviti pelancongan dibenar beroperasi dengan kapasiti 50 peratus kawasan premis manakala bagi kawasan yang dilaksanakan PKPP adalah mengikut keluasan premis dengan penjarakan fizikal.

Sementara itu, bagi sektor industri kreatif, semua acara penggambaran, dan persembahan langsung dibenarkan tanpa kehadiran penonton.