Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

KKM sudah sedia laksana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 23 Februari - 532 lokasi dikenalpasti sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pelaksanaan pemberian vaksin COVID-19 di PPV akan melibatkan lapan jenis PPV iaitu kategori 1 hingga 8.

Jelasnya kategori tersebut diklasifikasi sedemikian berdasarkan bilangan anggota dan keluasan sesuatu tempat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Simulasi Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.

Beliau menambah dengan kejayaan simulasi ini, Kementerian Kesihatan bersedia untuk melaksanakan pemberian suntikan vaksin yang akan dilancarkan esok.