Wanita hamil belum boleh terima vaksin COVID-19
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Nasional
PUTRAJAYA, 23 Februari - Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 mengekalkan ketetapan bahawa wanita mengandung belum boleh diberikan vaksin COVID-19.
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba, kementeriannya akan terus mengguna pakai garis panduan jawatankuasa itu selaras saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Simulasi Program Imunisasi COVID-19 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.