Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025 bakal dilancar pada April

  • Published in Nasional

ANGKASAPURI, 23 Februari - Kementerian Perpaduan Negara bakal melancarkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025 pada April ini bagi memelihara, mengukuh serta meningkat perpaduan masyarakat.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata penyediaan pelan bersifat inklusif dan holistik itu berdasarkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030.

Pelan ini bakal memandu pelaksanaan hala tuju negara merentasi pelbagai kementerian serta agensi terbabit bagi menggerakkan usaha ke arah penyatuan dan integrasi nasional.

Beliau ditemui selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

DPN dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara dilancar Perdana Menteri pada 15 Februari lalu berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.