Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Laksana dan urus peruntukan spektrum 5G

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 23 Feb - Syarikat tujuan khas SPV di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan, MOF Incorporated akan menjadi entiti yang melaksana dan menguruskan peruntukan spektrum 5G di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek menjelaskan, SPV tersebut akan menjadi pemilik tunggal dan mengeluarkan lesen pemilikan spektrum 5G kepada penyedia perkhidmatan.

Pendekatan itu dapat memastikan pelaksanaan spektrum 5G yang lebih cekap dan jimat.

SPV tersebut masih tertakluk di bawah kawal selia MCMC.

Pihaknya akan memastikan setiap penyedia perkhidmatan telekomunikasi menikmati akses yang terbuka dan adil serta harga yang kompetitif dan telus.

Setakat ini, tiga spektrum yang akan diuruskan oleh SPV berkenaan merangkumi jalur frekuensi 700MHz, 3.5GHz dan 28GHz.