Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

Malaysia akan lancar Makmal Uji Keselamatan Siber 5G pertama

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 23 Feb - Malaysia akan melancarkan Makmal Uji Keselamatan Siber 5G pertama di Asia Tenggara.

Ia mendapat kerjasama Agensi Pakar Keselamatan Siber Nasional, CyberSecurity, Huawei Technologies (Malaysia) dan Celcom Axiata Bhd.

Penyediaan dan pengurusan infrastruktur 5G oleh entiti khusus milik kerajaan membolehkan agihan telus dan saksama kepada syarikat telekomunikasi.

Perkongsian infrastruktur juga membolehkan syarikat telekomunikasi menyediakan perkhidmatan lebih luas dan menjimatkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pendekatan itu akan melonjakkan penggunaan 5G dengan lebih cepat sekaligus meningkatkan keupayaan dalammencetuskan lebih banyak inovasi.

Syarikat telekomunikasi juga dapat menumpukan perhatian kepada usaha memperluas liputan gentian optik, selain memantapkan liputan 4G ke seluruh negara khususnya di kawasan luar bandar.