Monday, 8 March 2021

updated 5:21 AM UTC, Mar 8, 2021

PKPD Kampung Emperoh Jambu dan Kampung Tanah Merah bermula esok

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 22 Februari - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Emperoh Jambu, Padawan, Kuching, Sarawak dan Kampung Tanah Merah, Kota Marudu, Sabah bermula tengah malam ini sehingga 8 Mac 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan memaklumkan ia berikutan peningkatan kes secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti berkenaan.

Pelaksanaan itu bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan saringan bersasar ke atas penduduk sekaligus mengawal jangkitan dalam komuniti.

Sehingga kini, sebanyak 60 kes positif COVID-19 dilaporkan di Kampung Emperoh Jambu, Padawan manakala Kampung Tanah Merah, Kota Marudu merekodkan 57 kes positif.