Saturday, 6 March 2021

updated 1:06 PM UTC, Mar 6, 2021

Vaksin COVID-19: 42,120 anggota ATM bakal terima suntikan

  • Published in Nasional

SIKAMAT, 21 Februari- Seramai 42,120 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menerima suntikan vaksin menerusi fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemberian vaksin itu melibatkan 84,240 dos dengan setiap anggota menerima dua dos suntikan vaksin.

Penjadualan bagi pemberian vaksin kepada anggota ATM dijangka pada Mac depan. 

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan kerja ke Kem Rasah dan Kem Sikamat di Seremban.

ATM berperanan dalam penugasan penerimaan vaksin COVID-19 bermula dari proses penerimaan, penyimpan di pusat yang ditetapkan dan pemberian suntikan kepada orang ramai.