Saturday, 6 March 2021

updated 1:06 PM UTC, Mar 6, 2021

Teknologi 5G: Boleh mula dinikmati menjelang hujung tahun

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 19 Februari- Rakyat Malaysia akan mula menikmati teknologi 5G pada hujung tahun ini secara berperingkat.

Sebanyak RM15 bilion dilaburkan sepanjang sepuluh tahun perlaksanaannya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata teknologi 5G bukan sahaja sekadar menjanjikan capaian internet yang lebih laju.

"Ia memungkinkan pelbagai aplikasi penting berada dalam genggaman pengguna, termasuk aplikasi-aplikasi pemantauan kesihatan bagi pesakit-pesakit kronik, bantuan kecemasan pintar, dan aplikasi-aplikasi khas bagi warga emas yang tinggal bersendirian."

Tambahnya, Malaysia akan menjadi antara negara pertama di rantau ini, membina ekosistem 5G yang menggunakan internet dan perkhidmatan awam dalam masa sebenar.

Langkah melonjakkan penggunaan 5G itu, akan meningkatkan keupayaan ekonomi dalam mencetuskan lebih banyak inovasi dan perkhidmatan.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran MyDigital dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia secara maya.