Logo

Kilang dominasi kes tertinggi kluster tempat kerja

SENAWANG, 5 Februari - Kementerian Kesihatan merekodkan 157 kluster COVID-19 membabitkan kilang dengan 38,849 kes positif setakat ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang meninjau penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seramai 147,916 individu telah disaring yang dikesan sebagai kontak rapat sama ada positif atau negatif.

157 kluster itu merupakan kluster tertinggi daripada keseluruhan 446 kluster tempat kerja dalam gelombang ketiga COVID-19.

Datuk Seri Dr Adham Baba meninjau pelaksanaan penguatkuasaan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 di sebuah kilang elektronik di Senawang, Negeri Sembilan.

Lawatan dibuat susulan 61 kes positif COVID-19 dikesan daripada 416 individu yang telah menjalani ujian saringan.

Kilang tersebut telah diarahkan tutup dari 3 hingga 9 Februari bagi kerja pembersihan dan nyah kuman.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.