Saturday, 6 March 2021

updated 2:05 PM UTC, Mar 6, 2021

COVID-19: 3,346 kes baharu, lagi pertambahan 9 kluster

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 Januari - 4,427 kes sembuh paling tinggi direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 141,446 kes.

Kes baharu pula mencatatkan 3,346 kes menjadikan jumlah kumulatif kes positif 183,801.

Selangor pula mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu 950 kes.

Sembilan kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Lapan daripadanya berkaitan tempat kerja dan satu lagi melibatkan pusat tahanan.

Kluster baharu melibatkan negeri Sabah, Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Perak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dua kluster dikesan di Sabah iaitu Kluster Ladang Segama dan Kluster Jalan Segama.

Dua kluster di Johor pula ialah Kluster Keluli Tujuh dan Kluster Jalan Tengar.

Manakala di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, dan Putrajaya pula masing-masing mencatatkan satu kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sebelas, Kluster Tapak Bina Sri Petaling, Kluster Bukit Emas, dan Kluster Tapak Bina Flora.

Kluster berkaitan pusat tahanan dikesan di Perak iaitu kluster Tembok Taiping.

Dengan pertambahan berkenaan terdapat 348 kluster yang masih aktif.