Saturday, 6 March 2021

updated 1:06 PM UTC, Mar 6, 2021

PKPD Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan berkuat kuasa esok

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 Januari - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan bermula esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD di lokasi berkenaan berkuat kuasa selama 14 hari bermula esok sehingga 8 Februari depan.

Datuk Seri Ismail dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) diberi taklimat mengenai peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di kawasan berkenaan.

Sehingga kini 615 kes positif COVID-19 direkodkan melibatkan 574 tahanan, 34 kakitangan serta lima ahli keluarga.

KKM turut mengesahkan peningkatan mendadak kes berlaku dalam masa singkat.

Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan serta kontak rapat.