Tiada perarakan sempena Thaipusam
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Nasional
KUALA LUMPUR, 24 Januari - Tiada sebarang perarakan dibenarkan sempena perayaan Thaipusam minggu hadapan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan yang dibenarkan hanyalah proses membawa patung Dewa Murugan ke ibu negara melibatkan garis panduan yang ketat.
Tambahnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak berkuasa lain akan memantau pematuhan garis panduan.
Terdahulu, Tan Sri Annuar menjelaskan berkaitan ciapan di twitternya yang disalah tafsir oleh beberapa laman sosial sehingga menimbulkan banyak persoalan.