Saturday, 6 March 2021

updated 2:05 PM UTC, Mar 6, 2021

COVID-19: Lima kawasan peranginan, rekreasi di Kelantan ditutup sementara

  • Published in Nasional

PASIR PUTEH, 24 Januari - Lima kawasan rekreasi dan peranginan di Pasir Puteh ditutup sementara kepada orang ramai bertujuan mengawal penularan wabak COVID-19 .

Ia membabitkan Pantai Bisikan Bayu, Pantai Tok Bali, Pantai Dalam Rhu, Jeram Pasu dan Jeram Mengaji.

Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Mohd Kamarulzaman Ab Wahab berkata, penutupan kesemua lokasi tersebut selari dengan keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri termasuk Kelantan yang bermula 16 Januari lalu hingga 4 Februari ini.

Beliau menyatakannya selepas menyertai Operasi Taskforce Rondaan di kawasan Rekreasi Tumpuan Masyarakat di sekitar Pasir Puteh.