Saturday, 6 March 2021

updated 2:05 PM UTC, Mar 6, 2021

4,275 kes baharu, 11 kluster lagi dikesan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 23 Januari - 4,313 kes sembuh paling tinggi direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh 137,019 kes.

Kes baharu juga mencatat rekod tertinggi iaitu 4,275 menjadikan jumlah kumulatif kes positif 180,455.

Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 1,421 kes.

7 kes kematian turut dilaporkan, menjadikan jumlahnya kini 667.

11 kluster baharu dilaporkan hari ini melibatkan 383 kes baharu.

Kluster Tapak Bina Bali Residence melaporkan kes baharu paling tinggi iaitu 203 kes.