Thursday, 4 March 2021

updated 2:33 PM UTC, Mar 4, 2021

RTM bakal lancar saluran khas pendidikan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 23 Januari -Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melancarkan satu saluran pendidikan baharu bagi membantu proses pengaran dan pembelajaran murid di rumah (PdPR) semasa dan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia bagi memastikan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) lebih efisyen sepanjang tempoh PKP dan pasca COVID-19.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, saluran baharu itu dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini.

Material pengajaran dan pembelajaran akan disediakan Bahagian Teknologi dan Sumber Kementerian Pendidikan (KPM).

Datuk Saifuddin memaklumkannya kepada RTM di ibu negara.