Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Jepun hulur bantuan peralatan perubatan RM19 juta

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 22 Januari - Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai kira-kira RM19 juta daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik COVID-19.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Jepun yang menghulurkan bantuan tersebut di bawah Geran Bantuan Jepun.

Beliau menyatakan demikian pada majlis pertukaran nota peruntukan peralatan perubatan yang diadakan secara maya.

Jepun diwakili dutanya di Malaysia, Hiroshi Oka.

Sumbangan peralatan perubatan ini akan membantu meningkatkan keupayaan persediaan dan kapasiti fasiliti Kementerian Kesihatan.

Sekaligus, akan membantu usaha petugas barisan hadapan untuk merawat dan menyelamatkan nyawa ketika pandemik ini.

Oleh itu, beliau berharap kerjasama dua hala dalam bidang penjagaan kesihatan dan sektor lain akan terus dipertingkatkan ketika kedua-dua negara mengharungi pandemik global ini.