Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Individu terlatih perlu kendalikan kit Ujian Rapid Antigen COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 22 Januari - Penggunaan kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) COVID-19 perlu dikendalikan individu terlatih.

Catatan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi twitter menyatakan, untuk mendapatkan keputusan yang tepat, ujian RTK-Ag perlu dilakukan dalam tempoh lima hingga tujuh hari pertama setelah wujudnya gejala.

Lebih spesifik untuk kelompok baharu dengan kadar jangkitan positif yang tinggi dan apabila kajian keseirasan menunjukkan tahap kespesifikan yang tinggi.

Disarankan pengesahan ujian RTK-Ag apabila sistem kesihatan dibebani.

Kepekaan alat ujian untuk RT-Ag mestilah lebih dari 80% dan kespesifikan melebihi 97%.