Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Malaysia komited pastikan keselamatan siber dan data rentas sempadan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 Januari - Malaysia mengesahkan sokongannya dalam melaksanakan inisiatif bawah Rangka Kerja Tadbir Urus Data Digital ASEAN bagi memberi perlindungan kepada pergerakan data rentas sempadan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menjelaskan langkah diambil bagi mewujudkan ekosistem yang boleh dipercayai khusus untuk e-dagang serantau.

Malaysia juga akan memperkenal inisiatif bawah Kerangka Pengurusan Data Digital ASEAN serta Model Klausa Kontraktual dan Program Pensijilan ASEAN.

Global ACE berperanan untuk memberi pengiktirafan terhadap kakitangan dalam bidang keselamatan siber sebagai tenaga kerja yang berdaya saing dan bertaraf tinggi.

Selain membantu pembangunan program keselamatan siber profesional di rantau ini.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan alu-aluan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN.