Sunday, 7 March 2021

updated 1:54 AM UTC, Mar 7, 2021

Malaysia sedia kongsi kepakaran dan pengalaman tangani ancaman siber dengan negara anggota ASEAN

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 Januari - Malaysia menyatakan kesediaan untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman negara dalam menangani ancaman siber dengan negara anggota ASEAN.

Jelas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, negara mempunyai perancangan dan strategi komprehensif untuk mewujudkan ruang siber lebih aman, dipercayai dan berdaya tahan.

Perancangan itu juga melibatkan usaha menjana kemakmuran ekonomi untuk kesejahteraan semua negara anggota.

ASEAN juga perlu mempertimbang cadangan untuk mewujudkan dana khas bagi meningkatkan infrastruktur digital dan jalinan internet.

Setiap negara anggota juga perlu memperkasa pembangunan platform secara dalam talian bagi menggalakkan PKS menjual barangan asli secara langsung kepada pengguna sekali gus memudahkan transaksi.