Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama, tulang belakang rancangan pembangunan pasca COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 Januari - Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN pertama (ADG-MIN-1), bermula hari ini.

Selaku tuan rumah, Malaysia optimis mesyuarat itu mampu mengeratkan kerjasama antara negara Asean sebagai tulang belakang terhadap rancangan pembangunan pasca COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucaptamanya berkata langkah itu mampu direalisasikan, memandangkan rantau ASEAN sentiasa membincangkan dan menyokong peraturan, norma serta prinsip bertanggungjawab dalam dunia maya.

Negara ASEAN juga disaran untuk menjalin kerjasama erat dalam mewujudkan ruang siber yang aman dan terjamin.

Ke arah itu, negara anggota boleh mempertimbang untuk mewujudkan perundangan terhadap data peribadi dan hak pengguna, sekali gus diterapkan dalam setiap entiti digital di rantau ini.

ADG-MIN-1 dan mesyuarat-mesyuarat berlangsung selama dua hari secara maya, bertemakan "ASEAN - Sebuah Komuniti Yang Dihubungkan Secara Digital".