Thursday, 4 March 2021

updated 2:33 PM UTC, Mar 4, 2021

Tempoh penangguhan bayaran balik PTPK dilanjut sehingga 31 Mac

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 21 Januari - Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman latihan kemahiran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dilanjutkan sehingga 31 Mac 2021.

Pelanjutan selama tiga bulan tersebut dipersetujui Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Menerusi kenyataan, Menterinya Datuk Seri M. Saravanan memaklumkan penangguhan itu melibatkan bayaran balik pinjaman berjumlah lebih RM9.5 juta dan akan memberi manfaat kepada 72,747 akaun.

Pelanjutan tempoh penangguhan diputuskan pihaknya mengambil kira peminjam PTPK yang terkesan dan masih belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

Selain peka terhadap kekangan kewangan dihadapi sebilangan peminjam akibat kehilangan pekerjaan dan bencana banjir di beberapa negeri baru-baru ini.

Peminjam terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui borang yang boleh diisi di laman sesawang www.ptpk.gov.my bermula 15 Januari hingga 31 Mac 2021.