Majoriti rakyat Malaysia patuh PKP 2.0
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Nasional
ANGKASAPURI, 20 Januari - Majoriti rakyat Malaysia mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Demikian dinyatakan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar yang menjamin penguatkuasaan akan terus dilaksana.
Bagaimanapun jelasnya, masih ada segelintir yang ingkar dengan mengunjungi pusat hiburan dan terlibat dengan perjudian.
Beliau ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.