Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

Pembukaan sesi persekolahan, pematuhan SOP ketat jamin keselamatan pelajar

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 20 Januari - Sesi persekolahan hari ini dimulakan dengan pemeriksaan suhu badan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sebelum pelajar dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

Selain itu, pelajar juga dilihat memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Tinjauan RTM di sebuah sekolah di ibu negara mendapati pergerakan pelajar dipantau oleh guru-guru yang bertugas.

Rata-rata pelajar ditemui mengakui keselamatan setiap warga sekolah perlu diutamakan berikutan situasi pandemik COVID-19 yang masih menular.

Sesi persekolahan secara bersemuka bermula dengan hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan utama.

Sementara, pelajar-pelajar lain mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sahaja.