Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

KKM jangka jumlah kes baharu stabil dalam tempoh 2 minggu

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 20 Januari - Kementerian Kesihatan Malaysia sedang meneliti perkembangan kes jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh PKP.

Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hasil penelitian akan menentukan sama ada perlu untuk melanjutkan tempoh PKP selama dua minggu lagi.

Beliau juga menegaskan kes yang dilaporkan sekarang merupakan kesan pendedahan kepada virus COVID-19 yang berlaku sebelum tempoh pelaksanaan PKP di enam negeri pada 13 Januari.