PKP di 6 lagi negeri mulai 22 Januari
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Nasional
KUALA LUMPUR, 20 Januari - Enam negeri lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Negeri terlibat adalah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP di keenam-enam negeri tersebut akan bermula 22 Januari hingga 4 Februari.
Sementara itu, Sarawak kini berada di bawah PKPB kecuali Sibu yang dikenakan PKP.
Berhubung permintaan beberapa pihak agar operasi kedai makan dan restoran dilanjutkan hingga 10 malam, Datuk Seri Ismail Sabri berkata mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membincangkan perkara itu.
Ketika ini, bagi negeri di bawah PKP operasi kedai makan ditetapkan mulai 6 pagi hingga 8 malam.