Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

PM sempat luang masa bertemu pesakit di Hospital Bersepadu MAEPS

  • Published in Nasional

 

SERI KEMBANGAN, 19 Januari - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meluangkan masa bertemu pesakit gejala ringan di Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dan turut memberikan kata-kata semangat kepada pesakit.

Kesemua pesakit di tempatkan di wad yang berkonsepkan mesra keluarga di Dewan B, dilengkapi fasiliti sama seperti di hospital besar.

Ia akan merawat pesakit dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) 2.0 dalam kategori tiga dan ke atas.

Sebanyak 30 buah katil disediakan khusus buat pesakit kategori tiga dan empat manakala sebuah khemah dengan 10 katil di luar dewan disediakan untuk transit Unit Rawatan Rapi (ICU).

Beliau ditemui media dalam lawatan ke Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang petang tadi.