Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Fasa kedua BPN 2.0 dibayar mulai 21 Januari

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) akan dilaksanakan bermula 21 Januari ini.

Fasa kedua BPN 2.0 akan diberikan kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima sedia ada serta 460,000 penerima baharu, dengan jumlah bayaran keseluruhan RM2.38 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran BPN fasa kedua ini dipercepatkan berikutan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.

Semakan kelulusan itu boleh dibuat mulai 15 Januari ini di portal rasmi BPN.

Bayaran bagi penerima B40 dan M40 akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing mulai 21 Januari dan 25 Januari ini.

Secara keseluruhanya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran serta peruntukan RM7.18 bilion.