Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Solat fardu dan solat Jumaat terhad kepada 12 orang

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU, 13 Januari- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, supaya bilangan jemaah di masjid dan surau bagi solat fardu dan solat Jumaat dihadkan kepada 12 orang pada satu-satu masa, semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa bermula hari ini.

Jumlah jemaah hanya terdiri daripada Pegawai Masjid dan Surau, serta Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kariah dan Surau.

Baginda juga bertitah supaya solat jenazah turut dihadkan kepada 12 orang, dan takzir serta tarhim dilakukan oleh pegawai masjid dan surau. 

Bagi urusan pengkebumian jenazah, dihadkan kepada 20 orang, termasuk petugas dan waris, manakala aktiviti menziarahi tanah perkuburan tidak dibenarkan.

Majlis Akad Nikah pula hanya dibenarkan di Pejabat Kadi Daerah, terhad kepada pasangan pengantin dan wali dari daerah sama.

Selain itu, permohonan baharu kebenaran nikah, serta permohonan pengesahan pendaftaran perkahwinan dan poligami, ditangguhkan.

Aktiviti ceramah, program pembudayaan Al–Quran, juga tidak dibenarkan.