COVID-19: Pengisytiharan proklamasi darurat sesuai dengan situasi semasa
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Nasional
POKOK SENA, 13 Januari- Pengisytiharan Proklamasi Darurat semasa COVID-19 semakin menular adalah langkah yang tepat dan bersesuaian demi keselesaan dan keselamatan rakyat di negara ini serta Kedah khususnya.
Itu pandangan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Romani Wan Salin.
Beliau turut menasihatkan masyarakat agar tidak panik kerana darurat yang dilaksana bukannya darurat keselamatan.
Kelmarin, Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al –Mustafa BIllah Syah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.