Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

Rentas negeri dibenar untuk kes tertentu

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 12 Jan - Kerajaan bersetuju melonggarkan syarat pergerakan rentas negeri bagi kes tertentu di seluruh negara bermula tengah malam ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu dibolehkan bagi situasi seperti individu sudah membeli tiket penerbangan dan bas, selain urusan kecemasan serta misi kemanusiaan bantuan kepada penduduk terjejas banjir.

Bagi tujuan tersebut beliau turut menggalakkan individu yang ingin turut serta melakukan ujian saringan COVID-19 bertujuan memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat.