Pilihan raya tidak diadakan kerana pandemik, tanggungjawab kerajaan melindungi nyawa rakyat
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Nasional
PUTRAJAYA, 12 Jan - Dalam perkembangan berkaitan Pilihan raya umum, PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas memperakukan bahawa COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya.
Itu komitmen yang dinyatakan Tan Sri Muhyiddin.
Katanya, sebagai pemimpin negara, beliau tidak boleh mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong memohon supaya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU ketika pandemik COVID-19 sedang melanda negara dan dunia.
Tambah beliau, sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa sehingga 1 Ogos, PRU, Pilihan raya Negeri, PRN dan Pilihan raya Kecil, PRK tidak akan dilaksanakan.
Parlimen dan Dewan Undangan Negeri,DUN ujarnya, juga tidak akan bersidang sehingga satu masa yang ditetapkan Yang di-Pertuan Agong.