Sunday, 17 January 2021

updated 1:07 PM UTC, Jan 17, 2021

Sesi persekolahan di kawasan PKPB, PKPP berdasarkan takwim

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 12 Januari - Susulan perutusan Perdana Menteri, pengoperasian institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah tertakluk kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.

KPM dalam kenyataannya berkata sesi bersemuka hanya melibatkan pelajar yang menduduki peperiksaan utama iaitu SPM, SVM, SKM, STPM, STAM dan DVM serta peperiksaan antarabangsa setara di kawasan PKP.

Di kawasan PKPB dan PKPP pula, operasi institusi pendidikan KPM dan Institusi Pendidikan Swasta berdaftar dengan KPM adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.

Bagi pelajar tingkatan 1 hingga 4, mereka akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid.

Manakala calon Tingkatan 1 Kemasukan Sekolah Khusus yang berdaftar akan mengikuti pentaksiran antara 20 hingga 29 Januari 2021.

Mengulas lanjut, pelajar Kolej Matrikulasi yang telah berada di kolej perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.

Bagi pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) pula, pengajaran dan pembelajaran bagi semua program pengajian akan dilaksana secara dalam talian mulai 17 Januari 2021.