Saturday, 23 January 2021

updated 8:52 AM UTC, Jan 23, 2021

Sultan Perak berkenan terima menghadap pemimpin parti

  • Published in Nasional


IPOH, 5 Disember- 
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan pemimpin parti mencari formula terbaik untuk menubuhkan kerajaan baharu negeri.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap Istana, Datuk Seri Annuar Zaini.

"Segala pandangan didengari."

"Tetapi bukan tanggungjawab Sultan untuk mencampuri urusan parti."

"Sultan menasihati, carilah formula terbaik untuk menubuhkan kerajaan dan pimpinan baharu di Perak."

Beliau ditemui di hadapan Istana Kinta.

Terdahulu, empat pemimpin dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO),  Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) telah memberi maklum pandangan parti masing-masing kepada Sultan Nazrin.

Sultan Perak turut berkenan menerima menghadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pukul 10.00 pagi esok.

Difahamkan, satu mesyuarat khas perhubungan UMNO akan diadakan malam ini.