Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Laksana Moratorium, 400 perniagaan koperasi kredit terjejas

  • Published in Nasional

RANTAU, 28 November - Lebih 400 perniagaan koperasi kredit terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak Mac lalu. 

Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) mendedahkan ia melibatkan jumlah pengurangan kutipan pembayaran balik kira-kira RM50 juta sebulan akibat pelaksanaan moratorium. 

Beliau menyatakannya selepas menyampaikan sumbangan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat Coopcare di Rantau, Negeri Sembilan.

Angkasa menyalurkan sumbangan sebanyak 70 pek barangan keperluan harian kepada anggota koperasi dan penduduk Kampung Kuala Sawah Rantau yang terjejas banjir baru-baru ini.

Jumlah keseluruhan bernilai RM4,900 diagihkan kepada anggota Koperasi Keluarga Haji Sulaiman Berhad, Koperasi Kariah Masjid Taman Rasah Jaya Berhad dan anggota koperasi sekitar Kampung Kuala Sawah.